Ibadah hanya kepada Allah s.w.t

Sirotulrohim Pictures, Images and Photos

Ibadah kepada Allah s.w.t merupakan suatu hal yang penting kerana itulah Allah s.w.t. berkehendak menciptakan kita dan dia pulalah merupakan pokok misi kita di dalam kehidupan.

Allah s.w.t berfirman: "Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada ku."
(Surah Az-Zariat:56)

Allah mewajibkan ibadah kepada kita untuk dilakukan bukanlah untuk kepentingannya atau kerana kekuasaannya,akan tetapi sebenarnya adalah untuk kebaikan kita sendiri,agar kita mencapai darjat taqwa yang dapat mensucikan kita dari kesalahan dan kemaksiatan.sehingga kita dapat keuntungan dengan keredhaan Allah dan syurganya,serta di jauhkan dari api neraka.

Allah s.w.t berfirman:

"Hai manusia,sembahlah tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu agar kamu mencapai darjat takwa."
Surah Al-Baqarah:21)

pada hakikatnya,jika kita isi seluruh kehidupan kita ini beribadah dan beramal delam rangka taat kepada Allah,belum seimbang untuk mensyukuri semua nikmat-nikmat yang diberikannya kepada kita yang salah satunya seperti penglihatanyang merupakan bahagian dari nikmat-nikmat Allah yang tidak terbatas dan tidak terbilang jumlahnya.

Allah berfirman:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah.kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.sesungguhnya benar-benar Allah itu maha pengampun dan penyayang."

Surah An-nahl:18)

Sesungguhnya pengabdian kita yang kepada Allah semata dan ibadah kita yang hanyalah untuk Allah,akan merupakan kemuliaan yang agung dan mempunyai kedudukan yang tinggi. sehingga Allah mensifatinya sebagai makhluk termulia di sisinya,sebagimana di sebut di dalam kitabnya,antara lain:

"Maha suci zat yang telah menjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa." (Surah Al-Israk:1)

Akidah Tauhid dan ibadah kepada Allah merupakan risalah (mission) yang didatangkan olehnya kepada seluruh para rasulnya,maka setiap rasul berkata kepada kaumnya:

"Hai kaum ku beribadah la kepada Allah kerana sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain dia". (Surah Al-Mukminun:23)

Kami ingin mengingatkan pada makna ibadah dalam pengertian sempit yang banyak dipakai oleh kebanyakkan umat islam dan telah melingkupi pemahaman ibadat atas kewajipan yang empat, iaitu: Solat....Zakat.....Saum (puasa)....dan haji,sebagaimana diulang-ulang dalam kitab-kitab fikah ibadat.

Shahadah Pictures, Images and Photos

Shalat Pictures, Images and Photos

puasa Pictures, Images and Photos

Zakat Pictures, Images and Photos

makkah Pictures, Images and Photos


Firman Allah perihal ibadat yang termaktub dalam Al-Quran surah Az-zariyat ayat 56,difahamisebagai berikut: agar menjadikan seluruh kehidupan kita dalam rangka ibadat kepada Allah,dengan catatan ibadat-ibadat yang empat itu (solat,zakat,saum (puasa) dan haji)

tidak terhapus oleh pengertian tersebut,tetapi merupakan bahagian tersendiri yang ditentukan berdasarkan waktu-waktu yang kita miliki,hasil setiap tuntutan islam yang diwajibkan kepada kita merupakan ibadat.

0 comments: