Sembilan jenis anak syaitan ( buat pedoman kite bersama)

Salamz..

uols..hehehe..sowie,saya lambat sangat update blog saya.. :) mesti uols smue hari2 updatekan blog uols smue kan.. :) huhuhu.. :)
tadi saya check email saya wah..saya nampak sembilan jenis perangai anak2 syaitan tau.. ;) btw,ada tak yang berperagai macam ni?? huhuhu.. :) smoga kite smue di hindarkan hasutan syaitan dan mendapat keberkatan Allah s.w.t..insya'allah amin.. :)

(P/S: jangan pula,lepas baca msg ni,uols smue tak singgah lagi kat blog saya.. :( ni cuma kite buat pedoman untuk kite bersama.. :) )

syaitan Pictures, Images and Photos

9 Jenis Syaitan (waspada)

Assalamualaikum wbt,

Simpanlah baik-baik email ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan-syaitan kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka .Sampaikan kepada sekelian muslimin / muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun :

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin :

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan :

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf :

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah :

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud :

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan :

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus :

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

** 10. Isetan. : Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore , Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg pakwe / makwe nya dah tunggu kat kereta.

(p/s: yang no 10 tu macam sindir2 je..hehehe.. tapi betol tu,tanggungjawab kite sebagai org islam,haruslah solat lima waktu seharian,tapi yang pakwe dan makwe tu,tak tau la..tapi memang kesian la..hehehe.. :P)

0 comments: