Rokok

rokok



Soalan: Rokok ini dulu kebanyakkan ulama' kata makruh hukumnya,sekarang dengar setakat ulama' malah mufti-mufti kata haram hukumnya.mana satu yang betul ni?


jawapannya: Dulu-dulu memang ulama' emenyebut bahawa merokok hukumnya makruh.makruh bermakna tidak ada dosa kalau dihisapnya rokok,tetapi dapat pahala kalau tidak dihisap.makruh ini sebenarnya adalah perkataan Arab yang membawa maksud dibenci.Maknanya merokok dibenci dalam islam.
kadang-kadang hukum makruh boleh bertukar menjadi haram. ehm.. kalau tiap-tiap hari buat perkara yang dibenci,tentulah orang akan meluat dan marah.namun banyak ulama' sekarang cenderung kepada pengharaman rokok melihat kepada bahaya dan mudarat rokok.
kata sains perubatan,banyak penyakit boleh berlaku disebabkan rokok.sudut yang lain sebagai contoh sudut pembaziran wang.kalau satu hari $10 dollar,sebulan sudah hampir $200 dollar terbuang begitu sahaja.kalau setahun,berapalah kerugiannya.


Soalan: Kata orang rokok ini ada kebaikannya bagi menenangkan fikiran ( Stress ).boleh ke hisap untuk dapatkan kebaikannya?


jawapannya: Mungkin ada juga kebaikan rokok bagi sesetengah orang tetapi yang pasti bahawa bahaya dan mudharatnye lebih besar.sesungguhnya setiap yang memudharatkan,maka haram hukumnya untuk dimakan atau diminum.tidakkah kita ingat tentang ayat al-quran yang menceritakan soal arak.Arak pun ada kebaikannya tetapi bahayanya lebih besar.Akhirnya arak diharamkan. Firman Allah:
"yas alunaka anil hamar wal maisir qul fihima ismun kabirun wamanafi u lil nas waismuhuma akbaru min naf i'hima"
maksudnya: Mereka bertanya akan kamu tentang arak dan judi.katakan bahawa pada kedua-duanya ada dosa yang besar dan juga manfaat-manfaat bagiu manusia.namun dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.
( surah albaqarah: 219 )

0 comments: