
sekarang ni heboh diperkatakan tetang nikah misyar.apa benda nikah misyar?
Jawapan: nikah misyar adalah nikah macam biasa yang menepati rukun-rukun nikah dan syaratnya. ia perlu kepada pengantin lelaki,pengantin wanita, wali nikah,saksi dan ijab qabul.
cumanya dalam segi kehidupan rumah tangga sahaja. biasanya suami menyediakan rumah,makanan dan pakaian.dalam nikah misyar,smua perkara ini tidak disediakan oleh suami.isteri dangan rela hati menggugurkan kewajipan suami.
adakah ia harus? nampaknya berdasarkan huraian para ulama' dengan merujukan kepada rukun nikah,nikah misyar adalah sah dan valid.cuma isteri sehaja yang tidak mahu menyusahkan suami tersayang.janji abang sayang dengannya pun sudah ok.
sebenarnya isteri boleh menggugurkan kewajipan suami.kalau direnung sejarah silam zaman nabi s.a.w.di mana isteri beginda sayyidah saudah r.ha. sudah agak berumur.oleh itu,beliau mnggugurkan kewajipan giliran nabi s.a.w.untuk bermalam dengannya lalu diberikan kepada Aisyah.
ada cadangan dalam dunia pendidikan di mana pesangan yang bercinta sudah tentu tidak mampu menanggung kehidupan rumahtangga.tapi maksiat berleluasan dengan bernikah mengikut konsep nikah misyar.
Dalam nikah misyar suami tidak perlu lagi memberi nafkah kepada isteri.kalau begitu,suami tentulah tidak lagi mempunyai kuasa sebagi nakhoda kapal?
Jawapan: jika suamai tidak lagi memberi nafkah seperti rumah dan makanan,sudah tentulah hilang taringnya dengan isteri..Ehm..sungguh juga kalau begitu.jadi adakah suami bukan lagi sebagai nakhoda?
tidaklah sampai begitu.dalam rumah tangga,suami tetap sebagai nakhoda,isteri pula sebagai pembantunya.walaupun isteri telah menggugurkan kewajipan suami,suami tetap berhak dan berkuasa sebagai nakhoda.
kuasa pemimpinan sebagai uma tangga adalah kurniaan daripada Allah kepada suami.mungkin lelaki sebagai suami ada kelebihan tertentu daripada aspekkesabaran,kepimpinan dan lebih cekal mengharungi kesusahan.suami juga dipertanggungjawabkan memberi nafkah bermula dengan mas kahwin dan nafkah yang lain.cuma isteri sahaja bertoleransi dalam hal ini.firman Allah:
"Para lelaki adalah pemimpin kepada wanita dengan apa yang Allah lebihkan sebahagian mereka atas yang lain dan dengan apa yang mereka nafkahkan daripada harta mereka"
Nafkah misyar ini merupakan satu pengorbanan isteri kepada suami dari sudut
nafkah.tapi ada orang kata bahawa orang lelaki akan mengambil kesempatan terhadap wanita dalam nafkah misyar?
Jawapan: persoalan lelaki mengambil kesempatan ke atas wanita bukan terletak semata-mata kepada nikah misyar,bahkan dalam perkahminan biasa banyak juga kes lelaki yang begitu. ia terletak kepada soal iman.jika iaman lelaki adalah iman orang yang bertakwa,dia tahu mana hadnya,dia akan berusaha memberikan kemudahan kepada isteri walaupun isteri mampu menanggung diri sendiri.jika ada anak,dai akan bertanggungjawab kepada anaknya dan tidak menyerahkan kepada isterinya sahaja.
0 comments:
Catat Ulasan